• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • JuAl bELI 2/3

    Sunday, January 9, 2011
    JeNis-JeNis JuAl Beli


    JuAl bELI sAlam

    -Jual salam ialah jual barangan yang belum ada dihadapan,tetapi dinyatakan sifat,kadar dan jenis nya.
    -Jual salam juga merupakan jual beli yang dilakukan terhadap sesuatu barangan yang belum wujud pada
      waktu akad dilakukan, tetapi ia syuadh ditentukan jenis,kadar harga serta sifatnya.
    -Jual beli secara tempahan,katalog tetapi telah tahu ain barang

    Rukun jual salam

    -wujudnya orang yang membuat tempahan atau pembeli

    -wujudnya orang yang menunaikan tempahan atau penjual
    -barang tempahan
    -harga
    -lafaz akad atau ijab dan qabul

    Pendapat ulama'

    Menurut pendapat jumhur ulama' iaitu : Imam Malik, Imam Syafi'e dan Imam Ahmad

    -Benda yang diitempah itu tidak dimasak dan tidak bercampur dengan benda lain sehingga tidak dapat
      ditentukan jenis dan kadarnya
    -Ditentukan dengan jelas kadar,jenis,sifat dan nilai atau harga barangan itu.
    -Bayaran mestilah dibuat secara tunai semasa waktu akad.
    -Dinyatakan tempat penyerahan atau tempoh penyerahan barangan itu.
    -Barangan boleh diserahkan dan orang yang bertanggungjawab sanggup menyerahkan barangan waktu dijanjikan.

    Jual Beli IstISNa'

    -Jual beli yang dipersetujui diantara pembuat barangan yang ditempah dengan pembeli, dan barangan yang
      hendak dibuat atau ditempah itu disebut kadar dan jenisnya dan bahan yang hendak digunakan itu ialah
      bahan yang ada pada pembuat atau mampu diperolehinya.
    -Jual beli ini juga dikenali dengan jual beli secara tempahan tetapi belum diketahui ainnya
    -Tempahan kasut,perabut rumah,pintu dan sebagainya

    hUkum Jual Beli IstISna'

    UlaMa' yanG mEngHAruskan
    -HUkumnya adalah sah dan harus dilaksankan sekiranya ia adalah bertepatan dengan syarat jual beli salam.
      Contohnya : Ketahui sifat,kadar dan masa tertentu untuk deserahkan barang tersebut dan pembayaran
                         didalam majlis akad dan syarat-syarat laen yang termaktub didalam jual salam.

    -Menurut Imam Hanafi, jual beli cara ini adalah sah kerana memandangkan manusia amat berhajat kepada
      barang tertentu sedangkan ia belum mempunyai cukup wang atau disebabkan pemodal yang memerlukan
      modal untuk perusahannya


    UlaMa;' yang tidak MenGharuskan

    -Imam Syafi'i: sesiapa yang tidak dapat menjelaskan atau tidak membayar harga barang yang ditempah itu semasa akad atau membayar sebahagian sahaja daripada barang tersebut dan akan menjelaskan setelah siap atau secara beransur-ansur cara ini adalah batal



    Keliru aNtara jUal Beli sALAM dan IStisna' .....????


    Perbezaanya ialah :

    Jual salam

    -Ditentukan sukatan,timbangan dan bilangan

    - Disyaratkan dalam jual beli salam itu adanya tempoh

    - Jual salam itu lazim dan pasti ( telah diketahui barangnya )

    -Jual beli salam nilai dan wang mestilah diserahkan dalam majlis akad

    Jual IstisNa'

    -Hanya ditentukan ain dan jenis barang sahaja

    -Menurut Imam Hanafi tidak ada tempoh.

    -Jual istisna' tidak mesti dan tidak lazim ( x tahu bentuk barang )

    -Nilai dan wang tidak semestinya diserahkan pada masa akad


    Jual fAEdah


    -Jual faedah dikenali dengan saling mengambil faeda atau manfaat.

    -Diharuskan dalam syariat islam dengan berdasarkan Firman Allah swt yang bermaksud :

      ".......kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu,maka berikanlah kepada mereka upahnya...."
                                                                                                                                 surah al-talaq 65:6

    -Diharuskan untuk kepentingan manusia atau lebih dikenali dengan kaedah Masalih al-mursalah.

    -Pada asalnya jual beli yang diharuskan oleh syara' ialah dengan akad yang mana mesti wujud barangan
      pada waktu akad, sedangkan jual beli faedah atau upah mengupah dibayar selepas bekerja.

    JuaL Beli SarF

    -Jual sarf ialah menjual mata wang (emas&perak) dengan mata wang juga

    Hukum jUAl sarf

    -Jumhur ulama' bersepakat dimana menjual emas dengan emas atau perak dengan perak adalah diharamkan,
      kecuali penjualan tersebut sama dari segi nilai,jenis dan sifatnya serta diadakan secara tunai.

    -Jumhur ulama' juga mensyaratkan harus melakukan jual emas dengan emas atau perak dengan perak secara
      sukatan walaupun tidak sama pada bilangannya,namun mestilah sama dari segi niali dan sifatnya

    Jual Jizaf

    -Menjual sesuatu dengan tidak disukat dan tidak ditimbang, iaitu dengan anggaran atau jual cara borong
      mengikut konteks amalan masyarakat sekarang.

    HukUm Jual JizAF

    Terbahagai kepada 2 keadaan

    - Sekiranya Jual beli itu dan benda yang dijual itu adalah jenis makanan adalah diharuskan hukumnya, namun
      bayarannya mestilah dibayar dengan jenis lain seperti wang, iaitu tidak boleh membayar dengan barang
      yang sama dengan benda yang dijual

    -Sekiranya jualan jizaf yang dilakukan itu adalah mata wang atau perhiasan seperti emas dan perak, maka
      tukarannya itu mestilah tidak sama, sekirany ia sama jenis, maka hukumnya haram kerana ia merupakan
      amalan riba.

    Syarat Sah Jual jizaf

    -Barang yang hendak dijadikan tukaran atau barang yang hendak dijual beli itu wujud pada masa akad.

    -Pembeli dan penjual tidak mengetahui kadar barang yang dijual itu.

    -Barang yang dijual itu mestilah dalam jumlah yang banyak tetapi tidak terlalu banyak yang melebihi had.

    -Barang yang hendak dijual itu mestilah berada pada suatu tempat khas dan tidak bercampur aduk dengan  
      benda-benda lain

    -Barangan yang dijual beli itu sama dengan apa yang dijangkakan.
      Contohnya : pada masa jual jizaf itu, pembeli menyangkakan barang itu baik, tetapi sebaliknya, maka ia
                         tidak sah.

    -Jualan yang dilakukan secara jizaf itu tidak bercampur dengan barangan yang mempunyai kadar atau
      timbangan tertentu waktu akad.

    0 comments:

    Post a Comment