• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • JuAl bELI 1/3

    Friday, January 7, 2011
     PeNgertIan jUAL bELI

    Dari sudut BahaSa : Menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain

    Dari suDut IstlaH   : Menukar harta atau benda lain yang bernilai mengikut cara-cara tertentu yang diharuskan
                                   syara' dengan lafaz ijab dan kabul.
     
    Firman Allah AWT  :

     أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ ٱشۡتَرَوُاْ ٱلضَّلَـٰلَةَ بِٱلۡهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَـٰرَتُهُمۡ وَمَا كَانُواْ مُهۡتَدِينَ

         "Merka itulah orang-orang yang membeli kesesatan denagn meninggalkan petunjuk ; maka
          tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah"

                                                                                                                          (surah al-baqarah 2:16)

    HUkum Jual bELi

    -Dalam islam adalah  HARUS selagi ia tidak bercampur dengan unsur-unsur negatif yang ditegah oleh syara'

    Firman Allah SWT :

    وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْ‌ۚ                 

       (......padahal Allah SWT telah menghalalkan jual beli ( berniaga) dan mengharamkan riba....)


                                                                                                                    surah al-baqarah 2:275


    -Walaupun pada asalnya hukum jual beli adalah harus,namun ia akan berubah mengikut keadaan tertentu :

      -Ia akan menjadi WAJIB apabila sesuatu barangan pada suatu ketika amat diperlukan.
       Contohnya : barangan asasi - minyak,beras,tepung dan  sebagainya

      -Ia akan menjadi SUNAT apabila berlaku jual beli antara penjual dan pembeli terhadap sesuatu barangan
        yang diperlukan.
        Contohnya : Penjual menjual barangan keperluan harian kepada pembeli.

      -Ia akan menjadi MAKRUH sekiranya sesoarang itu menjual barangan setelah berkumandang azan yang
        pertama hari jumaat.

      -Ia akan menjadi HARAM apabila ia dilaksanakan setelah berkumandang azan kedua hari jumaat serta
        menjual perkara yang diharamkan oleh syara' seperti menjual benda yang najis
        Contohnya : menjual arak dan bangkai

    RukUn JuAL bELI

    -Penjual
    -Pembeli
    -Barang
    -Harga
    -Lafaz (ijab dan kabul)

    Syarat Penjual dan Pembeli

    -Cukup umur atau baligh
      Menurut pendapat imam syafie : tidak sah jual beli dengan kanak-kanak

      sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :

       "Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). 
        Kemudian jika kamu nampak dari keadaan merka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa 
     bmereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepda mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang sebelum merka dewasa) ......."
                                                                                                                      surah al-nisa' 4:6


    -Penjual dan Pembeli adalah waras
      Tidak sah akad jual beli dengan orang gila.

        Sebagaimana Hadith riwayat Abu Daud, maksudnya :

       "tidak dikira salah atau tidak dipertanggungjawabkan terhadap tiga jenis manusia : orang gila  
         yang hilang kewarasannya hingga pulih,terhadap orang yang tidur hingga jaga dan terhadap 
         kanak-kanak hingga baligh."

                                                                                                     
    -Penjual dan pembeli adalah bebas daripada sebarang ikatan dan bebas bertindak atau memilih

       sebagaimana firman Allah SWT  :

    يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡڪُلُوٓاْ أَمۡوَٲلَكُم بَيۡنَڪُم بِٱلۡبَـٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَـٰرَةً عَن تَرَاضٍ۬
    مِّنكُمۡ‌ۚ  تَقۡتُلُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِيمً۬ا 

       "wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu makan(gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu,judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu"     
                                                                                                                              surah al-nisa' 4:29

    -Pembeli mestilah islam

     sekiranya barang yang dijual itu adalah ayat al-quran atau hadith. 

    -Tidak boleh menjual senjata kepada musuh islam

    -Merdeka. tidak sah jual beli dengan hamba


    Syarat Barangan

    -Barangan mestilah bersih dari segi syara'
      Dimana tidak sah menjual najis atau bangkai..Sebagaimana Hadith riwayat Bukhari :

      Terjemahan : Sesungguhnya Nabi melarang daripada mengambil harga jualan anjing

    -Tidak Sah juga menjual sesuatu yang terkena najis yang tidak dapat disucikan
      Seperti menjual minyak wangi yang bercampur dengan benda najis.Walaubagaimanpun dalam keadaan lain,
      Imam Hanafi mengatakan menjual minyak masak yang terkena dengan najis adalah sah kerana ia boleh
     disucikan dengan air ke atas minyak yang dimasukkan kedalam bekas plastik.Contohnya,kemudian minyak
     dengan air itu ditebuk sedikit dibahagian bawah supaya keluar air semuanya dan tinggal minyak sehaja.

    -Barang yang dijual mestilah mendatngkan faedah dan bermanfaat.
      Dimana tidak sah hukumnya menjual tiga biji beras

    -Barang mestilah hak milik penjual atau wakil penjual.

    -Dapat diserahkan barangan kepada pembeli ketika akad

    -Penjual dan pembeli mestilah tahu jenis,kadar dan sifat barangan jualan.

    Syarat Ijab dan Qabul

    -Tidak diselangi dengan perkataan lain,tidak ada hubungan dengan akad jual beli.

    -Mestilah sama ijab dan qabul dari segi maknanya walaupun berlainan dari segi lafaz.
     Contohnya : Penjual berkata  :"saya jual barang ini denagn harga rm5".
                        Pembeli berkata : "saya beli barang ini dengan harga 500 sen "
      Maka ijab dan qabul adlah sah.

    -Tidak Boleh dihadkan masa dan waktunya
     Contohnya : "Aku jual rumah ini selam lima tahun" ia adalah tidak sah.

    -Tidak boleh ada Ta'lik (syarat) 
      Contohnya : "saya jual rumah ini kepada awak sekiranya ayah saya meninggl dunia.
      Ia adala tidak sah

    -Tidak boleh diam dan terputus jarak yang lama diantara ijab dan qabul.
      Sebaik sahaja penjual melafazkan ijab, pembeli mestilah melafazkan qabul. Walaubagaimanapun mengikut
      Mazhab Hanafi , sah jual beli dengan hanya saling beri dan menerima walaupun tanpa lafaz dan ijab qabul.

    1 comments:

    1. RIZZNA said...:

      terima kasih perkonsiannya...

      *sedang cari lafaz dalam bahasa arab utk ijab & kabul jual beli :)

    Post a Comment