• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • 25 pesanan Luqmanul Hakim

    Sunday, January 2, 2011
    01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang
    dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar
    jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya
    ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
    02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,
    maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar
    setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari
    ALLAH juga.
    03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam
    beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih
    dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
    04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang
    dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam
    tanaman.
    05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh
    menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
    06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan
    untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut
    ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat
    ALLAH.
    07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak
    dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
    melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari
    tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang
    tidak mahu mengerti.
    08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar
    dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah
    bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
    09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai
    utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang
    layak menjadi utusan.
    10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan
    memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan
    akibat yang berbahaya.
    11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau
    hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
    mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan
    hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
    12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana
    sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan
    itu diberikan kepada anjing sahaja.
    13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya
    barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu,
    kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu
    menimbulkan kesengsaraan.
    14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan
    musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari
    mereka.
    15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu
    mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah
    bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu
    memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
    16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah
    terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan
    itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia
    sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
    17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu,
    dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap
    orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
    18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai
    orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
    mengharapkan sesuatu darimu.
    19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak
    ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah
    sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
    20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu
    selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk
    dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang
    terpedaya dengan dunianya.
    21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang
    busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.
    Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang
    lain.
    22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu
    yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah
    engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan
    hartamu.
    23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam
    akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak
    dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
    24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu.
    Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan
    nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya
    bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
    25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan
    nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang
    dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi
    pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia
    ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai
    itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat
    talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu

    0 comments:

    Post a Comment