• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Muamalat Dalam Islam

    Wednesday, January 5, 2011
    Manusia tidak boleh hidup bersendirian tanpa pertolongan orang lain, hal ini kerana muamalat merupakan suatu fitrah. Muamalat ialah perhubungan antara manusia sesama mereka untuk mendapatkan keperluan masing-masing dengan cara yang baik sesuai dengan ajaran dan tuntutan agama serta landasan syara'

    Syariat islam telah menjelaskan dengan terperinci tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan muamalat antaranya ialah jual beli, sewa, hutang piutang, upahan,syarikat dan sebagainya.

       sebagaimana firman Allah SWT  :

    وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَٮٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ‌ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ

    Dan tuntulah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah SWT kepadamu akan pahala dan kebahagian hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu(keperluan dan bekalanmu) dari dunia....... 

                                                                                                                         surah al-qasas 28:77

    Fungsi Dan Kepentingan Muamalat :

    -Manusia hidup bekerjasama,tolong menolong, bertukar pandangan dan keperluan, serta berhubung dan    berkenalan.

       sebagaimana firman Allah SWT  :

    يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ

    Wahai ummat manusia ..! sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami  telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu berkenal-kenalan dan (beramah mesra antara satu dengan yang lain).....

                                                                                                                  surah al-hujurat 49:13

    -Muamalat dapat membawa kepada perpaduan umat dan ke arah keamanan masyarakat dan negara.

       sebagaiman firman Allah SWT  :


    .......‌ۘ وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ.......

    .....dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan ......

                                                                                                                 surah al-mai'dah 5:2


    -Melalui muamalat, umat islam dapat menghindarkan daripada berlakunya penindasan, kezaliman dan penipuan.

      sebagaiman firman Allah SWT  :

    وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٲلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتُدۡلُواْ بِهَآ إِلَى ٱلۡحُڪَّامِ لِتَأۡڪُلُواْ فَرِيقً۬ا مِّنۡ أَمۡوَٲلِ ٱلنَّاسِ بِٱلۡإِثۡمِ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ 


    Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah pula kamu menghulurkan harta kamu 9memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya)....


                                                                                                                          surah al-baqarah 2:188


    -Dapat mewujudkan masyarakat yang sentiasa berdikari,saling berlumba-lumba,tekun dan sabar dalam mencari rezeki yang halal.


    sebagaiman firman Allah SWT  :

    وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَٮٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ‌ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ

       Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah SWT kepadamu akkan pahala dan kebahagian Hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu(keperluan dan bekalanmu) dari dunia..


                                                                                                                          surah al-qasas 28:77







    0 comments:

    Post a Comment